Daripada segi saitifik punca penyakit ini dikatakan kerana alahan daripada pelbagai punca. Boleh jadi pemakanan atau keadaan persekitaran yang tercemar.
Secara mistiknya pula penyakit ini dikaitkan dengan unsur halus. Semasa saya kecil dahulu, penyakit ini dikatakan kerana terkena ludahan syaitan. Ini sukar untuk dijelaskan, tetapi seperti biasa apa yang diperkatakan oleh orang tua-tua ada maksud disebaliknya.
Walaubagaimanapun, pada saya penyakit ini sering menghinggapi saya dalam keadaan di mana saya kurang bersedia atau leka. Sebagai contoh, setiap apa yang kita lakukan mestilah disertakan dgn niat kerana Allah. Malahan lebih baik sekiranya disertakan dgn doa2 yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh, baru-baru ini saya terkena lelata ni dan hampir tiga hari. Seperti biasa sy cuba utk selidik dan ingat semula kemana saya telah pergi atau makan utk trace semula puncanya. Akhirnya selepas berbincang dgn isteri barulah dapat dikenalpasti puncanya.
Mungkin sedikit lucu utk org lain tapi mungkin juga boleh jadi satu ingatan untuk saya dan semua. Yelah mungkin saya lupa untuk baca doa masuk tandas semasa menghadiri mesyuarat di sebuah sekolah.
So peringatan untuk saya dan rakan-rakan, ingatlah baca doa sebelum masuk tandas.
Doa Masuk Tandas
Doa Keluar Tandas