21 May 2006

Aura & Chakra

Aura adalah medan tenaga elektromagnetic yang berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (paling perlahan dibahagian bawah dan paling laju dibahagian Crown Chakra).

Medan tenaga ini (aura) mempunyai 7 pintu tenaga yg diwakili oleh warna-warna pelangi yang berada di badan kita yang lebih dikenali sebagai Chakra. Chakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang. Pintu-pintu chakra ini menerima segala tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian dan kerohaniah kita.
Sekiranya pintu-pintu chakra ini tersumbat atau tertutup, maka, ada kemungkinan kita akan terjebak di dalam konflik atau masalah yang akan menjejaskan perkembangan personaliti kita. Ia akan menjadikan kita penyedih, pemendam, baran, kurang keyakinan, berfikiran negative yang menebal, pelupa, hilang fokus, gugup dan sebagainya.

Pintu Chakra 1
- Root atau akar (berada di bahagian seksual)
-Warna: Merah

Pintu ini berkait rapat dengan kelangsungan hidup (survival), kerahsiaan dan keselamatan. Tenaga dari chakra ini yang akan menjadikan kita berjaya dalam hidup, dalam perniagaan dan dalam pekerjaan.

Sekiranya pintu chakra ini tersumbat, kita akan menjadi seorang yg penakut, sering kecewa, merasa tidak selamat dan akan mudah mendapat gemuk (obesity, artritis dan sakit2 dibahagian kaki)

Pintu Chakra 2
- Belly (Sacral) atau bahagian peranakan wanita
- Warna: Oren Pintu ini mewakili sexuality, creativity, intuition and harga diri.
Org yang berkeyakinan, kreatif dan berfikiran terbuka adalah orang yg menjaga pintu chakra ke2 ini. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita akan menjadi seoramg yamg suka mengongkong orang lain, berfikiran negatif dan berfikiran tertutup. Orang-orang ini akan mendapat penyakit seperti kidney failure, stiff lower back, constipation & muscles spams.

Pintu Chakra 3
- Solar Plexus (Perut)
- Warna: Kuning

Pintu ini mewakili kuasa peribadi (personal power), ego, passions, kemarahan & kekuatan. Org yg menjg pintu tenaga ini adalah org yg ceria, outgoing, ada maruah diri, expressive and enjoy hidup dan challenges in life. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita tiada confidence, terlalu memikirkan apa yg org lain fikir ttg kita, dan merasakan org lain mengawal hidup kita.

Pintu Chakra 4
- Heart (Jantung)
- Warna: Hijau

Pintu ini mewakili emosi, kasihsyg, compassion dan kerohaniah (spiritual). Org yg menjg pintu tenaga ini adalah org yg peramah, compassionate, org yg sentiasa bersangka baik pd org lain.
Skiranya pintu ini tersumbat, kita adalah org yg paranoid, indecisive (x tetap pendirian), takut dikecewakan dan tidak tahu menghargai kasih syg.

Pintu Chakra 5
- Throat (Leher)
- Warna: Biru

Pintu ini mewakili pusat komunikasi samada melalui suara atau tulisan. Org yg menjg pintu tenaga ini adalah org yg kreatif dlm penulisan, fikiran dan pemimpin yg bagus. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah org yg lemah semangat, tidak percaya akan kebolehan sendiri, pendiam & takut pd byg2 sendiri.

Pintu Chakra 6
- Third Eye (Mata ke3)
- Warna: Indigo

Pintu ini mewakili pusat utk kebolehan psikik, minda yg tinggi & spiritual yg tinggi. Org yg menjg pintu tenaga ini adalah org tau apa yg dia mahu dlm hidup, telepati dan org yg boleh melihat kehidupan org lain. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah org yg takut pd kejayaan dan ego xkena tmpt.

Pintu Chakra 7
- Crown (Ubun2)
- Warna: Violet & Putih

Pintu ini mewakili wisdom, pusat spiritual, fikiran2 yg dinamik dan tenaga2 yg alpha. INILAH anugerah Allah paling beharga....nikmat fakulti akal yang perlu kita pelihara dan manfaatkannya dlm usaha kita mencari kebaikan di dunia & akhirat..Individu yg menjg pintu tenaga ini adalah individu yg memiliki kerohaniah yang tinggi & memiliki kognitif dan positif thinking yang tinggi. Dari segi Islam roh ditiup melalui ubun-ubun...maka pintu inilah yang seharusnya dipelihara sebaiknya.
Sbg cth : Jika diperhalusi individu yg mempunyai hubungan yang mantap & kemas dgn Al-Khaliq...rutin hariannya bukan shj dilengkapi ibadah wajib namun juga yg sunnah...terpamer kejernihan & ketenangan di wajahnya...getaran dari CHAKRA 7 inilah yang memberi impak yg padu ke arah kesejahteraan dan keharmonian dlm kehidupannya...sungguhpun diuji namun tembok auranya sukar sekali diganggu mahupun dicerobohi.

No comments: