21 May 2006

Mandian Aura

Suka untuk saya kongsikan kali ini sedikit ilmu yang saya perolehi semasa berkesempatan untuk menghadirkan diri dalam Seminar 7 Keajaiban Aura baru-baru ini.

Banyak yang maklumat baru serta peningkatan pemahaman terhadap ilmu aura yang diperolehi tetapi pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan Mandian Aura..

Mandi adalah satu perkara wajib bagi kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.. Cuma mmbezakannya ialah berapa kerap kita mandi dalam sehari.. Ada yang pagi dan petang dan ada yg tak tahan sejuk cuma mandi petang sahaja dan sebagainya..malahan ada lebih daripada dua kali dalam sehari.. jadi ini terpulang kepada indidvidu..

Mandi juga dikaitkan dengan kebersihan, pastinya tujuan mandi itu adalah untuk membersihkan kotoran pada badan dan dari segi islam mandi juga menyucikan diri.. Jadinya ada juga mandi dalam Islam adalah wajib seperti mandi hadas dsbnya.. Komponen utama dalam setiap mandian adalah air..

Apakah sifat-sifat air yg begitu istimewa sekali.. air digunakan utk mandian, minuman, memasak dan sbgnya.. 70% peratus daripada mukabumi adalah air.. Sifat air ini merakam niat dan doa oleh itu dalam perubatan alternatif air di doakan oleh pengamal perubatan atau juga Ustaz2 di mana dimasukkan doa2 atau niat2 yang sesuai dengan keadaan penyakit atau hajat seseorang. Oleh itu, sekiranya mandian kita dalam keadaan "kosong" tanpa ada niat yang positif serta bacaan tertentu maka apa sahaja niat yang terakam secara langsung mahupun tidak langsung di dalam air tersebut akan mempengaruhi kita.

Cuba bayangkan punca air mandian kita yang bermula dpd hujan yg turun ke empangan yang dikelilingi hutan dan bunyian binatang cengkerik dsbnya, masuk ke saluran paip di bawah tanah melalui pelbagai bunyian kesan laluan kenderaan, pijakan kaki/ laluan manusia dan apa jua makhluk Allah dan masuk ke tangki air di kawasan perumahan kita dan seterusnya masuk ke saluran paip yg di salurkan terus ke bilik mandi. Berapa banyak laluan dan jarak yg dilalui dengan persekitaran dan bunyi yang berbeza. Ini semua mempengaruhi "kualiti" air mandian kita.

Jadi bagaimana caranya untuk "meneutralkan" semula mandian kita dan menjadikannya sebagai mandian yang berkualiti? Satu caranya ialah dengan campuran 3, 7 atau 9 titisan Aura Seri atau Aura Genius.
Kenapa titisan ini mampu meneutralkan air mandian ini? Ini kerana Aura Seri mahupun Aura Genius mengandungi pati tujuh jenis bunga yang mana setiap bunga mewakili frekuensi yang berbeza serta campuran garam dan garam kristal. Campuran ini bersama air di dalam baldi dan dikacau mengikut lawan jam kerana putaran air melawan jam akan menghasilkan air yang dipertenagakan kerana putaran lawan jam akan menggetarkan molekul air. Sertakan dengan selawat dan niat serta minda yang positif semasa mengacau campuran tadi kerana rahsia niat mandi ini akan menghilangkan rakaman-rakaman dalam air yang kita tidak perlukan. Selepas itu, mandi bersih-bersih dengan air biasa dan buat bilasan yang terakhir air yang disediakan dalam baldi tadi.

Untuk kesan yang lebih baik, buat mandian aura ini selama 2 minggu berturut2 dan anda akan alami sendiri perbezaannya. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perbezaan ini tetapi cukup untuk membuat anda kagum dengan perbezaannya dan lebih menghargainya. Dengan ini kita akan lebih sedar betapa hebatnya ciptaan Allah.. apa saja ciptaannya mempunyai peranan masing-masing dan kita sebagai khalifah yang paling cerdik di muka bumi ini perlulah untuk mendalami dan memahaminya.

Saya suka untuk menggunakakan kata-kata ini yang sering diulang berkali-kali dalam Seminar tersebut kerana ia benar-benar memberi kesan kepada saya sebagai individu :

"Lihatlah setiap kejadian Allah di muka bumi sebagai satu keajaiban kerana dengan itu kita akan kagum dan lebih memahaminya".

No comments: